Sunday 8 December 2013

GERAM PON ADA

assalamualaikum.. (^^)
annyeonghaseyo..jal jinesseoyo??..olenmanieyo..
haaa agak2 faham tak apa ayat kat atas ni??..
ok lah ema translate..
"hye..anda sihat??..dah lame tak bersua"
haha oke lah..merepek pulak dah ni kan..

oke guys..ema nak cakap sikit lah kan pasal politik ni..
haa kalau rase xsuke politik better jangan teruskan lah..hehehe
oke back to the topics..
sekarang musim banjir..and yang awal terjejas adalah kuantan di pahang
where near to my study place which is UMP gambang..
dsebabkan dekat dengan uni..jadi pihak uni telah menghantar pelajar-pelajar sebagai sukarelawan..terima kasih dan tahniah buat kesemua sukarelawan yg membantu..

tapi..........

yang ema tak suka adalah bila students UMP ni cakap macam tak belajar pon ada jugak..
blamming the governments for this kind of situations..
apa ke jadah punya statement lah diorang ni..
lepas tu buat statement lagi kat "UMP Troll"
"walaupun negara setiap tahun banjir..gomen still tak pandai urus"

aishh GERAM PON ADA..

tak habis-habis nak salahkan gomen kan..
bila PM datang..dikatanya nak cari publisiti
bila tak datang kata pulak PM tak perihatin..mana rakyat didahulukan
ini lah mentaliti pembangkang

kami penyokong BN..boleh akui kelemahan pemimpin kami..
apa yang bagus kami sokong..macam tu jugak sebaliknya..
tapi penyokong pembangkang??..baru cuit sedikit dah melatah..
tak boleh langsung nak sentuh pemimpin mereka..

yang paling ema kesian bila penyokong pembangkang ditipu bulat-bulat oleh pemimpin mereka berkenaan PRU13 lalu..
ANWAR kata BN menang sebab dapat undi dari 40000 orang bangla
kemudian blackout..
Lepas tu semua penyokong mereka sertai himpunan blacout..
punya lah ramai
tup tup..ANWAR nafikan bahawa dia tak keluarkan statement tentang undi dari bangla seramai 40000 orang..
kesian kan..
dan lagi satu bekenaan blackout..
sampai sekarang masih tiada bukti di mana kawasan yang blackout..
kenapa tiada wakil mereka dari kawasan-kawasn yang dikatakan blackout tampil bagi membuktikan perkara tersebut..

ema akui..ramai juga anak-anak muda yang menyokong pembangkang..
tapi apabila ema teliti..kata-kata mereka dalam menyalah kan kerajaan seumpama orang tak belajar..
bah kan di UMP sendiri pon ada juga mahasiswa dan mahasiswi sebegini

Bagi ema, apabila sudah jelas ada nya bukti dan kenyataan yang kukuh..
barulah boleh kita percayai..tapi lain bagi penyokong pembangkang..
mereka terima bulat-bulat tanpa selidik..tanpa bukti..
kemudian sebar..
apakah anak-anak muda kita semakin buta fikiran??
sudah tidak mampu untuk berfikir??

tidaklah ema mengatakan bahawa ema betul dan ema perfect
tidak ada manusia yang sempurna didunia ini..
tetapi..kita dikurniakan akal untuk berfikir..
bukan bertindak hanya menggunakan emosi semata-mata..

fikir-fikirlah

apa-apa pon chill oke..
peace no war (^.^)


Sunday 10 March 2013

TANAH TUMPAH DARAHKU

assalamualaikum..
setelah lama tak menjengah ke blog ini..
akhirnya dapat juga peluang untuk update blog ni

sebelum memanjangkan lagi kata-kata,
mari kita sedekahkan al-fatihah kepada prajurit-prajurit kita yang telah terkorban semasa mempertahankan kedaulatan negara kita di Lahad Datu, Sabah.
al-fatihah.

sedih, terkejut, hairan dan macam-macam lagi yang mula bermain di kotak fikiran
apa tidak nya..
tiba-tiba ada penceroboh di Sabah untuk menuntut Sabah semula
tapi masakan pokok bergoyang jika tiada angin..
Allah itu maha mengetahui segala-galanya..
insyaaAllah suatu masa nanti semuanya akan terlihat juga..
semoga PM kita, ketua polis negara, dan panglima-panglima tentera terus bersepakat dalam hal-hal seperti ini..
AKU TIDAK RELA TANAH TUMPAH DARAHKU DICEROBOH!
 walau apa pun khabar angin dan tohmahan yang dilemparkan
saya tetap bersama-sama menyokong PM dan pasukan keselamatan kita..


InsyaaAllah semoga segala perjuangan mereka akan terbalas
dan semoga rakyat negara kita lebih bersatu padu bagi mengelakkan hal-hal seperti ini berulang lagi..
aamin
I LOVE MALAYSIA!




Friday 11 May 2012

DUNIA BARU

assalamualaikum pelayar alam maya.. :)
moga dalam keadaan sihat-sihat sentiasa..amin ya rabbal 'alamin..

ok lah..ema sebenarnye nak story sikit...
haa dah tengok title atas tu rase nya korang pon dah boleh agak kot..hehehe
tak lama lagi ema akan menyambung pengajian ke matrikulasi..alhamdulillah..
its a new world for me..but its okay..ahhaa
sebab ramai member ema study kat matrik yang sama juga..
hopefully we will make our best to get an excellent pointer..amin..
tak lupa juga kawan-kawan ema yang sambung ke IPTA/UPU..
all the best untuk kita semua..fighting!!

Tuesday 27 March 2012

ALHAMDULILLAH....

assalamualaikum pelayar alam maya sekalian..
lama dah tak berblogging..agak nya kalau blog ni buku..
mahu juga habuknya setebal 1 inci..hehehe
 okey lah..tak nak merepek lagi..terus ke perkara yang hendak ema kata kan..

haa baru-baru ni kan result spm baru saja keluar..
seriously ema berdebar-debar on the day before..macam orang sasau pon ada..haha
but on the day result keluar..ALHAMDULILLAH..
itu je mampu ema kata kan..ema tak sangka ema dapat result macam 2
4A, 4B, 1C..semua credit..memang tak sangka sangat-sangat
tapi apa yang sedih..insan bernama ayah tiada bersama untuk ema berkongsi kegembiraan
hanya gambar beliau yang dapat ema tatap..
ayah..adik akan ingat pesanan ayah sampai bila-bila..
sebab itulah pesanan terakhir yang adik dengar dari ayah..:(

btw..thanks a lot to my teachers who teach me and never know the word of TIRED n GIVE UP..
we will never forget all your help to make us a usefull person..
thank you very much my teachers..I LOVE U ALL..seriously!!
tak lupe juga pada my mom n my family who gives support..thanks a lot..I LOVE U 2!!

and now..i'm waiting for an offer letter from universities..
and preparing my self to continue my studying in UNIVERSITY..insyaALLAH..
itu lah impian arwah ayah untuk melihat ema berjaya..
walaupun ayah tiada di dunia ini..tapi ayah sentiasa di hati adik..
insyaALLAH akan adik tunaikan impian ayah..adik sayang ayah sangat-sangat



al-fatihah buat allahyarham ayahanda tersayang
ADZMI SEHAT
i miss u so much ayah..tersangat rindu..




thats all for now..thanks for reading
=)




Tuesday 31 January 2012

Prog. Transformasi Belia Felda 2012

assalamualaikum sahabat blogger sekalian..
ahhaa dah lama ema tak mencoret sesuatu dalam laman ni kan?..
hari ni ema nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman yang ema baru sahaja dapat..
pengalaman tentang sebuah kursus yang dianjurkan oleh FELDA iaitu 
Program Transformasi Belia Felda pada 26-29 januari lepas..
hari pertama..my first impression pasal kem ni emmmm teruk
sebab apabila aktiviti yang pertama bermula..
kesemua ayah & mama(jurulatih) kami seramai 10 orang telah didenda
alasan mereka berbuat demikian kerana mereka tidak pandai mendidik kami semua
cukup sedih melihat mereka diperlakukan sedemikian..
lebih-lebih lagi jurulatih kumpulan kami iaitu ayah mat sudah berusia..
mengalir air mata melihat ayah..
tetapi ayah langsung tidak menyalahkan kami tentang perkara tu..
malah dia terus memberi tunjuk ajar dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang..

hari pertama bermula dengan aktiviti berkumpulan..
kami diberi tugas untuk menyelesaikan beberapa task seperti;
membuat ketupat menggunakan 10batang straw minuman, membina plak,
menjaga bola tanpa jatuh ketanah =>amanah,
menyanyikan beberapa buah lagu
dan pelbagai lagi..kami juga tidak boleh alpa
kerana terdapat lanun yang akan merampas barang-barang kumpulan kami..
waktu malam kami meneruskan aktiviti untuk memperbaiki lagu-lagu yang perlu kami hafal..
jam 12.30 baru lah kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing

hari seterusnya aktiviti kami diteruskan pula dengan beberapa ceramah yang dijemput khas..
ceramah yang pertama berkaitan dengan pembentukan motivasi diri..
yang kedua pula berkaitan jenayah rempit oleh pihak PDRM
aktiviti tersebut berakhir pada jam 2 pm..
kemudian program diteruskan dengan acara flying fox, explorace n jungle tracking..
kumpulan teratas dapat lah naik flying fox, yang pertengahan pula dapat game explorace
dan yang kurang baik pergi jungle tracking..
kami di nilai melalui persembahan yang telah kami latih pada hari pertama
group ema kurang baik..so kami pergi jungle tracking bersama-sama 2 group yang lain..
disana kami dapat menyayangi ayah kami..
maksud ema kami dapat mengangkat ayah bersama-sama ahli kumpulan
ketika tu lah para lanun mula mengganas..
topi 2 buah kumpulan telah dirampas..
alhamdulillah topi kumpulan kami berjaya kami jaga dengan baik..
setelah sampai di pertengahan..
terdapat 1 lagi pertandingan dimana kami perlu memanjat tangga kayu dengan masa terpantas..
ema dan 2 orang lelaki menjadi wakil kumpulan 9..
bagi pertandingan itu kami telah kalah..lebih malang lagi seorang dari ahli kumpulan kami telah diculik..
tapi ayah langsung tidak memarahi kami semua..malah kami terus diberi semangat..
dan sudah pasti pengalaman yang kami dapat dari jungle tracking adalah seribu kali lebih baik dari flying fox dan explorace..

hari ketiga pula diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan dari birotatanegara mengenai tanggungjawab sebagai warganegara..banyak informasi yang mereka berikan..
selepas itu terdapat karnival kerjaya dari jam 10.30pg-4ptg..
beberapa buah university telah dijemput bagi memberi penerangan kepada kami
seperti u.Lim Kok Wing, ALAM, KFCH, MAS, Proton dan banyak lagi
kemudian program diteruskan lagi dengan acara perkhemahan..
semasa aktiviti perkhemahan, kami perlu melaksanakan tugasan(memasak untuk ahli kumpulan) tanpa tunjuk ajar oleh ayah..
semuanya bergantung pada kerjasama kumpulan dalam melaksanakan tugasan tersebut
setelah semuanya siap dihidang barulah ayah boleh menjenguk kami..
ketika itulah kami dapat merasa hubungan sebuah keluarga..
makan sikit sama sikit..yang penting semua dapat rasa..
pada waktu malam pula kami berlatih bersama untuk majlis penutup..kami lakukannya dengan penuh bersemangat sehingga ema sendiri hilang suara malam tu..hahaha
aktiviti malam tak habis setakat tu sahaja..
tapi diteruskan dengan aktiviti yang membuat kami menangis dengan hiba sekali..
mereka meminta kami mengenang jasa kedua ibu bapa kita..
kemudian kononnya terdapat 1 panggilan telefon menyatakan ibu bapa kita telah tiada dan kita tidak sempat berjumpa mereka
sudah pasti air mata mengalir dengan laju ketika itu..
kemudian mereka bertanya kepada beberapa peserta tentang kehidupan tanpa ibu atau ayah..
ema faham keadaan mereka sebab ema sendiri dah merasai nya..
kami tidur pada malam tersebut jam 2am..

hari keempat iaitu hari terakhir kami berkursus..sekali lagi kami menangis..
kami perlu meluahkan segala apa yang terpendam selama kem ini berjalan..
hasilnya mata kami lebih bengkak(maluuu)..majlis penutup berakhir dengan baik..alhamdulillah..dan yang amat ema tak sangka apabila kumpulan kami berjaya mendapat tempat kedua daripada 10 buah kumpulan kerana kumpulan kami adalah kumpulan tercorot pada awalnya..alhamdulillah
yang pasti kenangan bersama kumpulan 9 dengan ayah mat tak mungkin ema akan lupa..
kerana di sana ema dapat rasai semula kasih sayang seorang ayah walaupun sekejap..
terima kasih ayah mat kerana sudi memberi kasih sayang dan tunjuk ajr pada kami semua..
tak lupa juga buat kawan-kawan yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang kem dan membuat kan kumpulan kita meriah sehingga berjaya mendapat tempat kedua..
korang memang terbaikk lah..sayang korang semua..
i will never forget this memory because it is very priceless..

tu lah saje untuk coretan ema kali ini..next time kita bersua lagi ya..
assalamualaikum..(^_^)

Friday 6 January 2012

APA MASALAH LAGI NI??

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT BLOGGER SEKALIAN

HARI NI NAK BICARA SIKIT TENTANG ISU SEMASA
HMMM..MAKIN PENING DENGAN PENDIRIAN SEBUAH PARTI POLITIK NI
NAK TAHU KENAPA??
LET ME TELL YOU NOW
OKEY..SEBUAH PARTI ISLAM SEHARUSNYA TIDAK MEMIHAK KEPADA KEMUNGKARAN
TAPI..........................
BARU-BARU NI PULAK MEREKA MENYOKONG PERHIMPUNAN BEBASKAN ANWAR
DAH TAU PARTI APA?..HMM MALAS LAH NAK CAKAP
SEGALA BUKTI TELAHPUN DIKEMUKAKAN
BIARLAH MEREKA(HAKIM) YANG MENDENGAR PENJELASAN DARIPADA KEDUA-DUA TERBABIT MENILAI..
WALAU APA KEPUTUSANNYA KELAK PERLU DITERIMA..
BAGI SAYA TAK PERLULAH BERARAK BERHIMPUN BERAMAI-RAMAI UNTUK SEMUA ITU
BUKANKAH SEMUA ITU PEMBAZIRAN..
DARIPADA MENGIKUTI PERHIMPUNAN TU LEBIH BAIK DUDUK DIRUMAH
BANYAK-BANYAKKAN BERDOA AGAR DOSANYA DIAMPUNKAN ALLAH SWT..



HAAA ADA LAGI SIKIT YANG SAYA NAK KOMEN SERBA SEDIKIT TENTANG PERHIMPUNAN YANG DILAKUKAN OLEH MAHASISWA DAN MAHASISWI NEGARA KITA..
ALAHAI..APALAH NAK JADI DENGAN STUDENT ZAMAN SEKARANG NI
PLEASE LAH STOP..PERKARA TU BOLEH DIBAWA BERBINCANG
TAK PERLULAH NAK BUAT PERKARA SEPERTI ITU..PELAJAR TERSEBUT DIKENAKAN TINDAKAN OLEH UNIVERSITI DISEBABKAN PERBUATANNYA SENDIRI
JANGAN PULA KITA SIBUK NAK JADI "HERO" BAGI PELAJAR TERSEBUT DENGAN BERBARING ATAS JALAN RAYA MENUNJUKKAN PROTES..
KEMUDIAN MENUDUH POLIS KONONNYA MENGASARI MEREKA
RUGILAH KALAU PELAJAR YANG KITA HARAPKAN DAPAT MEMBANTU NEGARA JADI SEPERTI INI..ALAHAI(sambil geleng kepala)
JALANKANLAH KEWAJIBAN SEBAGAI PELAJAR
BUKAN MENJADI ALAT PIHAK-PIHAK TERTENTU..

I HOPE EVERYTHING WILL BE OKAY SOON..
AMIN..PEACE NO WAR OKAY (^_^)


Saturday 10 December 2011

Genting

assalamualaikum..huh!..sekian lame tinggalkan blog ni..
rindu pulak rasenye..
hari ni nak tambah cerita baru tak ada..tapi nak habaq sikit pasal diri cek..
saya kan budak lepasan SPM..so kami satu kelas nak bercuti pulak..
nak tau kemana kami nak bercuti??..ahhaaa mesti lah kat genting kan..
tentu-tentu da terpampang kat atas tu pasal genting..hehehe
aish excited nye nak pergi sana..enjoy dengan kawan dan hilang kan stress..
kami semua nak pergi pada 12&13hb ni..
terima kasih kepada cikgu zarina yang dah arrange kan rombongan kami
dan buat impian kami untuk hang out same-same di tempat yang best jadi kenyataan
tapi yang sedih nya ad beberapa sahabat yang tak dapat pergi kerana kesempitan wang
kami dah cube untuk membantu..tetapi wang yang kami kumpul tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka..hmmm mungkin bukan rezeki diorang agaknya..
apa-apa pun buat kawan-kawan yang pergi nanti..semoga kita pergi dan balik nanti dengan selamat..
amin..