Tuesday, 31 January 2012

Prog. Transformasi Belia Felda 2012

assalamualaikum sahabat blogger sekalian..
ahhaa dah lama ema tak mencoret sesuatu dalam laman ni kan?..
hari ni ema nak bercerita serba sedikit tentang pengalaman yang ema baru sahaja dapat..
pengalaman tentang sebuah kursus yang dianjurkan oleh FELDA iaitu 
Program Transformasi Belia Felda pada 26-29 januari lepas..
hari pertama..my first impression pasal kem ni emmmm teruk
sebab apabila aktiviti yang pertama bermula..
kesemua ayah & mama(jurulatih) kami seramai 10 orang telah didenda
alasan mereka berbuat demikian kerana mereka tidak pandai mendidik kami semua
cukup sedih melihat mereka diperlakukan sedemikian..
lebih-lebih lagi jurulatih kumpulan kami iaitu ayah mat sudah berusia..
mengalir air mata melihat ayah..
tetapi ayah langsung tidak menyalahkan kami tentang perkara tu..
malah dia terus memberi tunjuk ajar dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang..

hari pertama bermula dengan aktiviti berkumpulan..
kami diberi tugas untuk menyelesaikan beberapa task seperti;
membuat ketupat menggunakan 10batang straw minuman, membina plak,
menjaga bola tanpa jatuh ketanah =>amanah,
menyanyikan beberapa buah lagu
dan pelbagai lagi..kami juga tidak boleh alpa
kerana terdapat lanun yang akan merampas barang-barang kumpulan kami..
waktu malam kami meneruskan aktiviti untuk memperbaiki lagu-lagu yang perlu kami hafal..
jam 12.30 baru lah kami dibenarkan pulang ke dorm masing-masing

hari seterusnya aktiviti kami diteruskan pula dengan beberapa ceramah yang dijemput khas..
ceramah yang pertama berkaitan dengan pembentukan motivasi diri..
yang kedua pula berkaitan jenayah rempit oleh pihak PDRM
aktiviti tersebut berakhir pada jam 2 pm..
kemudian program diteruskan dengan acara flying fox, explorace n jungle tracking..
kumpulan teratas dapat lah naik flying fox, yang pertengahan pula dapat game explorace
dan yang kurang baik pergi jungle tracking..
kami di nilai melalui persembahan yang telah kami latih pada hari pertama
group ema kurang baik..so kami pergi jungle tracking bersama-sama 2 group yang lain..
disana kami dapat menyayangi ayah kami..
maksud ema kami dapat mengangkat ayah bersama-sama ahli kumpulan
ketika tu lah para lanun mula mengganas..
topi 2 buah kumpulan telah dirampas..
alhamdulillah topi kumpulan kami berjaya kami jaga dengan baik..
setelah sampai di pertengahan..
terdapat 1 lagi pertandingan dimana kami perlu memanjat tangga kayu dengan masa terpantas..
ema dan 2 orang lelaki menjadi wakil kumpulan 9..
bagi pertandingan itu kami telah kalah..lebih malang lagi seorang dari ahli kumpulan kami telah diculik..
tapi ayah langsung tidak memarahi kami semua..malah kami terus diberi semangat..
dan sudah pasti pengalaman yang kami dapat dari jungle tracking adalah seribu kali lebih baik dari flying fox dan explorace..

hari ketiga pula diteruskan dengan ceramah oleh penceramah jemputan dari birotatanegara mengenai tanggungjawab sebagai warganegara..banyak informasi yang mereka berikan..
selepas itu terdapat karnival kerjaya dari jam 10.30pg-4ptg..
beberapa buah university telah dijemput bagi memberi penerangan kepada kami
seperti u.Lim Kok Wing, ALAM, KFCH, MAS, Proton dan banyak lagi
kemudian program diteruskan lagi dengan acara perkhemahan..
semasa aktiviti perkhemahan, kami perlu melaksanakan tugasan(memasak untuk ahli kumpulan) tanpa tunjuk ajar oleh ayah..
semuanya bergantung pada kerjasama kumpulan dalam melaksanakan tugasan tersebut
setelah semuanya siap dihidang barulah ayah boleh menjenguk kami..
ketika itulah kami dapat merasa hubungan sebuah keluarga..
makan sikit sama sikit..yang penting semua dapat rasa..
pada waktu malam pula kami berlatih bersama untuk majlis penutup..kami lakukannya dengan penuh bersemangat sehingga ema sendiri hilang suara malam tu..hahaha
aktiviti malam tak habis setakat tu sahaja..
tapi diteruskan dengan aktiviti yang membuat kami menangis dengan hiba sekali..
mereka meminta kami mengenang jasa kedua ibu bapa kita..
kemudian kononnya terdapat 1 panggilan telefon menyatakan ibu bapa kita telah tiada dan kita tidak sempat berjumpa mereka
sudah pasti air mata mengalir dengan laju ketika itu..
kemudian mereka bertanya kepada beberapa peserta tentang kehidupan tanpa ibu atau ayah..
ema faham keadaan mereka sebab ema sendiri dah merasai nya..
kami tidur pada malam tersebut jam 2am..

hari keempat iaitu hari terakhir kami berkursus..sekali lagi kami menangis..
kami perlu meluahkan segala apa yang terpendam selama kem ini berjalan..
hasilnya mata kami lebih bengkak(maluuu)..majlis penutup berakhir dengan baik..alhamdulillah..dan yang amat ema tak sangka apabila kumpulan kami berjaya mendapat tempat kedua daripada 10 buah kumpulan kerana kumpulan kami adalah kumpulan tercorot pada awalnya..alhamdulillah
yang pasti kenangan bersama kumpulan 9 dengan ayah mat tak mungkin ema akan lupa..
kerana di sana ema dapat rasai semula kasih sayang seorang ayah walaupun sekejap..
terima kasih ayah mat kerana sudi memberi kasih sayang dan tunjuk ajr pada kami semua..
tak lupa juga buat kawan-kawan yang sentiasa memberi kerjasama sepanjang kem dan membuat kan kumpulan kita meriah sehingga berjaya mendapat tempat kedua..
korang memang terbaikk lah..sayang korang semua..
i will never forget this memory because it is very priceless..

tu lah saje untuk coretan ema kali ini..next time kita bersua lagi ya..
assalamualaikum..(^_^)

Friday, 6 January 2012

APA MASALAH LAGI NI??

ASSALAMUALAIKUM SAHABAT-SAHABAT BLOGGER SEKALIAN

HARI NI NAK BICARA SIKIT TENTANG ISU SEMASA
HMMM..MAKIN PENING DENGAN PENDIRIAN SEBUAH PARTI POLITIK NI
NAK TAHU KENAPA??
LET ME TELL YOU NOW
OKEY..SEBUAH PARTI ISLAM SEHARUSNYA TIDAK MEMIHAK KEPADA KEMUNGKARAN
TAPI..........................
BARU-BARU NI PULAK MEREKA MENYOKONG PERHIMPUNAN BEBASKAN ANWAR
DAH TAU PARTI APA?..HMM MALAS LAH NAK CAKAP
SEGALA BUKTI TELAHPUN DIKEMUKAKAN
BIARLAH MEREKA(HAKIM) YANG MENDENGAR PENJELASAN DARIPADA KEDUA-DUA TERBABIT MENILAI..
WALAU APA KEPUTUSANNYA KELAK PERLU DITERIMA..
BAGI SAYA TAK PERLULAH BERARAK BERHIMPUN BERAMAI-RAMAI UNTUK SEMUA ITU
BUKANKAH SEMUA ITU PEMBAZIRAN..
DARIPADA MENGIKUTI PERHIMPUNAN TU LEBIH BAIK DUDUK DIRUMAH
BANYAK-BANYAKKAN BERDOA AGAR DOSANYA DIAMPUNKAN ALLAH SWT..



HAAA ADA LAGI SIKIT YANG SAYA NAK KOMEN SERBA SEDIKIT TENTANG PERHIMPUNAN YANG DILAKUKAN OLEH MAHASISWA DAN MAHASISWI NEGARA KITA..
ALAHAI..APALAH NAK JADI DENGAN STUDENT ZAMAN SEKARANG NI
PLEASE LAH STOP..PERKARA TU BOLEH DIBAWA BERBINCANG
TAK PERLULAH NAK BUAT PERKARA SEPERTI ITU..PELAJAR TERSEBUT DIKENAKAN TINDAKAN OLEH UNIVERSITI DISEBABKAN PERBUATANNYA SENDIRI
JANGAN PULA KITA SIBUK NAK JADI "HERO" BAGI PELAJAR TERSEBUT DENGAN BERBARING ATAS JALAN RAYA MENUNJUKKAN PROTES..
KEMUDIAN MENUDUH POLIS KONONNYA MENGASARI MEREKA
RUGILAH KALAU PELAJAR YANG KITA HARAPKAN DAPAT MEMBANTU NEGARA JADI SEPERTI INI..ALAHAI(sambil geleng kepala)
JALANKANLAH KEWAJIBAN SEBAGAI PELAJAR
BUKAN MENJADI ALAT PIHAK-PIHAK TERTENTU..

I HOPE EVERYTHING WILL BE OKAY SOON..
AMIN..PEACE NO WAR OKAY (^_^)