Saturday, 10 December 2011

Genting

assalamualaikum..huh!..sekian lame tinggalkan blog ni..
rindu pulak rasenye..
hari ni nak tambah cerita baru tak ada..tapi nak habaq sikit pasal diri cek..
saya kan budak lepasan SPM..so kami satu kelas nak bercuti pulak..
nak tau kemana kami nak bercuti??..ahhaaa mesti lah kat genting kan..
tentu-tentu da terpampang kat atas tu pasal genting..hehehe
aish excited nye nak pergi sana..enjoy dengan kawan dan hilang kan stress..
kami semua nak pergi pada 12&13hb ni..
terima kasih kepada cikgu zarina yang dah arrange kan rombongan kami
dan buat impian kami untuk hang out same-same di tempat yang best jadi kenyataan
tapi yang sedih nya ad beberapa sahabat yang tak dapat pergi kerana kesempitan wang
kami dah cube untuk membantu..tetapi wang yang kami kumpul tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan mereka..hmmm mungkin bukan rezeki diorang agaknya..
apa-apa pun buat kawan-kawan yang pergi nanti..semoga kita pergi dan balik nanti dengan selamat..
amin..

Saturday, 5 November 2011

Pemergian Yang Tidak Dijangka

Aku dilahirkan daripada sebuah keluarga yang sederhana. Ibuku sebelum nie adalah suri rumah sepenuh masa sehinggalah ayahku yang sakit nya makin teruk dan terpaksa membuat keje2 kampong. Ibuku telah mula berkeje di plaza tol bandar bahru kedah. Aku mempunyai 6 adik beradik dimana diatas ku adalah kakak2 ku dan aku jatuh no 4 la tp dalam keluarga ku aku lah lelaki sulong. Sebagai tanda kesian dan kasihkan ayah dan ibuku semua keje2 rumah aku siapkan kerna aku taw ayahku x terdaya nak berbuat demikian dan ibuku pula penat. 

Terkejar2 nak masak utk suami dan anak2 lagi. Kejadian ini berlaku sewaktu seminggu aku hendak memduduki peperiksaan upsr. Pada pagi jumaat 17/07/1997 jam 8 pagi ayah ku mengadu sesak nafas dalam keadaan cemas ibuku mengejutkan aku dari tido. Dalam keadaan mamai aku bangun ibu ku pon berkata kepada ku (abang..... mak dan abah dah nak pi nie jaga lah adik2 sebaik mungkin.jgn lupa makan nasi goreng dan air kopi mak buat untk anak2 mak sambil mengucup manja di pipku ) 

Ibu dan ayah ku pon beredar meninggal kan umah utk ke hospital. Seperti rutin harian aku akan memastikan rumah dan segala baju aku dan adik2 telah ku basuh dan jemur. Selepas semua selesai aku pon mengambil pinggan dan meletak kan nasi goreng utk dimakan sambil menonton tv. Tp aku rasa pagi jumaat nie lain dan aneh apa bila semua siaran tv menunjukkan siaran tanah perkuburan. 

Dalam aku termenung aku dikejukan dgn deruan enjin moto yang datang menuju ker rumah makngah ku. Berapa minit kemudian aku terdengar nama ku di panggil berulang kali bila pintu di buka aku lihat makngah dtg dgn muka cemas dan memberitahuku yang ibuku kemalangan sewaktu hendak mengekori kenderaan yang menumpang kan ayah ku ke hospital kerana ayah ku bertambah sesak nagas pabila hembusan angin moto menerpa nya. 

Ya allah apa dah jadi kata ku di dalam hati. Setengah jam kemudian ayah ku pulang bersama sepupunya ke rumah doktor membenarkan ayahku pulang selepas diberikan gas penafasan. Abang.... mak kemalangan cakap ayah pada ku, sambil menalifon semua kakak kakaku supaya balik ke kampong. 

Selepas selesai bercakap dgn kakak kakak aku,ayah dan adik2 pergi ke meja makan aku taw selalunya aku akan berikan ayahku ubat. Tiba tiba dammmmmmmmm.. Ayahku jatuh tersungkur ke bawah meja dalam keadaan panik aku menjerit sekuat hati memanggil makngah dan nenekku. Sambil aku berada di sisi ayahku aku x henti2 menangis , sehinggalah pihak hospital datang dan mengesahkan ayahku telah tiada. 

Bertambah hancur dan sedih aku x dapat nak dikata fikiran ku terus ingatkan ibuku. Semasa mengangkat jenazah ayah ke bilik seorang anggota polis datang ker rumah dan berjumpa dgn kakak sepupuku yang barfu sampai ke rumh makngahku. Lalu kakak sepupuku mengajak aku ker hospital dalam bisikan aku dengar mereka kata ibuku tenat dan skg di pindah kan ker hospital taiping. Dalam perjalanan ke sana aku tak tentu arah kami tiba di taiping waku solat jumaat jd terpaksa lpas solat baru ker hospital. Selepas solat aku bergegas ker hospital dalam perjalanan ker wad abg sepupu ku membisikan sesuatu pada kakak sedaraku lalu memeluk ku dan berkata bersabar. 

Aku x mengerti apa2 tika itu. Pabila sampai di dalam wad di sebuah katil aku nampak ada sekujur tubuh terbaring kaku dan diselimuti. Pabila kain dibuka ya allah ibu............... ibuku pon pergi meninggalkan aku dan adik2 ku aku terus jatuh ke lantai dan meraung semahunya. Sedih memikirkan masa depan aku adik2 yang akan gelap. Kakak ke tiga ku datang utk proses pengeluaran jenazah ibu..dalam van jenazah aku hanya mampu berdiam menahan sedih dihati. 

Ya allah terlalu kejap dikau berikan kan kasih sayang ayah dan ibu kepada ku. Pabila sampai dirumah yang dipenuhi org2 kampong saudara mara dengan tangis hiba bertambah hancur lah hati aku ini. Keesokan pagi harinya sebelum dikapan kan aku memandikan ayah dan ibuku buat kali terakhir. Aku lihat muka ayah dan ibuku tersenyum dan bercahaya sekali setelah dimandi.kapan dan disembahyangkan jenazah ayah dan ibuku di bawak ke tanah perkuburan

Setelah selesai aku pulang ke rumah bersama keluarga ku...

Saturday, 22 October 2011

Kisah Benar Yang Menyayat Hati

Al-Fatihah buat Allahyarham adik Iqbal Fahreen.

Mak pandang jenazah abang yang terbaring kaku. Walaupun muka sembap, perut membusung, namun mak nampak ketenangan pada wajah abang. 

Mak ambil pisau. Mak potong baju-T yang tersarung pada tubuh abang, baju terkahir yang abang pakai, Mak terpaksa potong kerana kerana baju itu tidak muat untuk melalui perut abang yang 'buncit'. 


Tapi, mak akan simpan baju itu. Mak tak cuci, sesekali boleh mak cium baju itu, sekadar pengubat rindu di hati. Kemudian abah kendong tubuh abang ke pangkin yang telah disediakan. Lalu abah dan mak mendikan jenazah abang. Hanya kami berdua. Mak tak mahu orang lain. Biar tangan abah dan mak yang menjiruskanair buat kali terakhir pada tubuh kecil abang. 

Mak nampak anak mata abah, berkaca-kaca, setitis dua air matanya tumpah, mengalir di pipi, tapi cepat-cepat abah sapu dengan lengan sasanya. 

"Bang, jangan menangis. Kita selesaikan hingga ke titisan terkahir," begitulah kata mak pada abah. 

Setelah abang dimandikan, mak bantu abah kapankan jenazah abang. Pun hanya kami berdua juga. biar tangan kami saja yang memakai dan membalutkan kain terakhir pada tubuh abang. 

"Kakak, jangan menangis. tak baik buat abang macam tu!" 

Itu pesan mak semasa kakak-kakak mahu mengucup dahi abang buat kali terakhir. Abah pula selepas mengucup dahi abang, cepat-cepat abah menjauh memalingkan muka. 

Mak nampak air mata abah berjuntaian membasahi pipi. Dan buat kali terakhir itu juga, mak usap dahi abang. Mak senyum, lantas kucup dahi abang. 

Mak bisikkan: "Abang tunggu mak di syurga ya!" 

Akhirnya, wajah abang 'ditutup'. Kami sembahyangkan abang buat kali terakhir. Ramai betul jemaah yang turut serta. Setelah itu, kami bawa abang ke tanah perkuburan. 

Abah masuk ke dalam liang lahad untuk menyambut jenazah abang. Alhamdulillah, semua kerja dipermudahkan. Abang sudah selamat di sana. 

Bertubi-tubi mak terima ucapan takziah daripada tetamu yang datang. Abang nak tahu, ada satu soalan yang mereka tanyakan pada mak. 

Soalan itu asyik terngiang-ngiang di telinga mak. Tanya mereka: "Kakak uruskan jenazah anak kandung sendiri, tapi setitis air mata tak jatuh ke pipi? Kenapa kakak tidak menangis?" Itulah soalan mereka. 

Mereka hairan kenapa mak tidak menangis, sebaliknya bibir mak tidak lekang dengan senyuman. Kenapa mak masih mampu tersenyum di saat memangku sekujur tubuh yang pernah berada dalam rahim mak dulu? Empat tahun dua bulan mak membesarkan Abang. Mak selak helaian demi helaian paparan kertas dalam diari yang sedikit usang itu. Aduh! Banyak sungguh memori yang tercatat di dalamnya. Membacanya bagaikan meruntun jiwa mak kembali mengenangkan perjalanan derita Abang sejak lahir hingga menghembuskan nafas terakhir. Mata mak terpaku pada catatan peristiwa lebih kurang tiga bulan sebelum Abang pergi. Mak rasa, di sinilah terkandung jawapan yang mak cari-cari. Jawapan untuk soalan yang mereka tanya kenapa mak tidak menangis?

Mak akan bacakan sedikit rentetan diari ini supaya mereka tahu kenapa mak tidak menangis, sayang.

Januari 2011- Perut Abang semakin membusung kerana hati membengkak. kata doktor, semua organ dalaman Abang sudah rosak, sudah 'reput'. Tidak boleh diselamatkan lagi. Tidak mengapa. Hati mak berkata, cukuplah! Tidak akan ada lagi pembedahan untuk Abang.

26 Februari 2011- Hari ini ulang tahun ke-4 abang. Dua hari sebelum itu, mak tanya, abang nak kek apa? Abang jawab, nak kek lori sampah! Hah Hah.. Tergelak mak. Abang suka sangat melihat lori sampah yang lalu setiap pagi depan rumah. Sebab itu abang nak kek bentuk lori sampah, Puas mak dan abah melilau sekitar Kuala Lumpur , tetapi tak jumpa kek macam tu. Tak ada yang sanggup buat kek macam yang Abang minta. Mak kecewa! Selama ini, mak tunaikan apa saja permintaan Abang, tapi kali ini mak gagal. Mak belikan kek coklat strawberi sebagai pengganti. Dengan perut membusung, dada berombak kerana sukar bernafas, Abang masih tersenyum dan nampak ceria melayan rakan-rakan yang datang, sama-sama menyanyikan lagu hari jadi abang. Dan ketika itu, hati mak sudah terdetik, mungkin ini hari jadi abang yang terakhir.



7 Mac 2011- Keadaan abang semakin kritikal. Perut abang semakin membesar. Abang tidak mampu untuk bergerak dan lebih banyak terbaring serta asyik sesak nafas. Mak semakin tidak tahan melihatkan keadaan Abang sebegini rupa. Mak bawa Abang ke IJN, rumah 'kedua' abang sepanjang tempoh hayat Abang. Kata doktor, tiada apa yang boleh dilakukan lagi. Abang hanya menanti waktu. mak angguk perlahan-lahan. Mak redha dengan ketentuan ilahi. Dalam hati mak juga terdetik, masa Abang sudah tidak lama lagi. Para ibu di wad tersebut asyik bertanya pada mak, macam mana dengan keadaan Abang? Mak cuma mampu untuk jawab, "InsyaAllah, Abang akan sihat!" Mak terpaksa cakap begitu pada mereka, sebab mak tidak mahu mereka semua lemah semangat jika mereka tahu Abang sudah tiada harapan lagi. Mereka pun sedang bertarung dengan ujian Allah apabila anak-anak yang dikasihi ditimpa penyakit. jadi biarlah jawapan yang mak beri itu kedengaran manis pada telinga mereka. Pahitnya, biarlah mak sendiri yang telan.

13 Mac 2011- Hari ini merupakan hari Ahad. Mak pinta kebenaran doktor untuk bawa Abang pulang kerumah . Doktor izinkan. Biarlah Abang habiskan waktu-waktu terakhir bersama keluarga. Dan disaat-saat akhir ini, mak mahu tunaikan apa saja permintaan Abang. Di rumah, setiap hari mak akan tanya, "Abang nak apa harini?"

Mak masih ingat pada suatu pagi, abang menjawab, "Mak, Abang nak naik kereta bomba!"

Mak termenung dengar permintaan Abang. Bila abah pulang ke rumah, terus mak ajak abah keluar. Abah tanya pergi mana?

Mak jawab, "Balai bomba!"

Sampai di situ, mak meminta izin daripada pegawai bomba. Mak kata padanya, Abang teringin sangat nak merasa naik ke dalam trak bomba. Pegawai itu cuma garu-garu kepala, kemudiannya menggeleng-gelengkan kepala. Belum sempat pegawai bomba itu menjawab, lantas mak tarik baju Abang ke paras dada.

Separuh berbisik, mak beritahu pegawai itu, "Encik, ini anak bongsu saya dan hanya menanti masa untuk 'pergi'! Benarkan saya tunaikan impian terakhirnya ini!" Bila lihat perut Abang yang buncit dan dada dipenuhi kesan parut dan jahitan, pegawai itu tidak tunggu lama. Terus dicapainya kunci, dibuka pintu salah satu trak bomba itu. Lantas dia terus dukung Abang dan letakkan Abang ke atas tempat duduk bahagian pemandu. Abang nampak gembira sangat biarpun cuma 15 minit abang di dalam trak itu. Tetapi Abang tidak perasan, ketika itu mak palingkan muka selama lima saat. Sekadar mahu mengelap titisan air mata yang mula bertakung.

Hari lain, mak tanya lagi pada abang, "Abang nak apa?"

Abang pun jawab: "Abang nak naik lori sampah!" Mak dukung Abang, tunggu depan rumah. Bila lori sampah lalu pagi itu menjalankan rutinnya mengutip sampah, Mak tahan lori itu.

"Encik, anak saya teringin naik lori ni. Boleh izinkan sebentar?" Pekerja itu tertawa mendengar kata-kata mak. Kemudian, mak angkat baju Abang dan beritahu perkara sama. Terus berubah mimik wajah mereka. Segera mereka angkat Abang, letakkan di tempat duduk pemandu. Ada antara pekerja itu yang memalingkan muka, tak sangup untuk melihat Abang lama-lama. Sedih agaknya. Begitulah seterusnya. Setiap hari, mak akan tanya pertanyaan yang sama. Kalau Abang nak tengok gajah, mak akan bawa Abang pergi zoo. Walaupun abang tak larat jalan, tak apa.

Mak dan abah tidak kisah, kami silih berganti dukung Abang. Abang pinta nak tengok burung, mak bawa Abang ke taman burung. Abang nak main permainan robot, mak bawa ke kompleks beli-belah yang ada permainan seperti itu. Ke mana saja Abang nak pergi dan apa sahaja yang Abang inginkan, semuanya mak tunaikan! Setiap hari juga mak tanya Abang nak makan apa. Macam-macam Abang teringin nak makan. Murtabak, nasi paprik, milo ais, cendol, air tebu, air bandung , rojak dan macam-macam lagi, semuanya mak tunaikan walaupun makanan itu Abang pinta pada pukul 3.00 pagi. 

Mak tahu dan faham, masa Abang bersama mak dan abah semakin suntuk!

27 Mac 2011- Abang semakin kritikal! Abang sudah tidak mampu untuk berkata-kata, apatah lagi untuk bergerak seperti biasa. Mata Abang kuyu dan Abang hanya mampu terbaring sambil memeluk Aina, anak patung kesayangan Abang. Mak segera pinta abah bawa Abang ke hospital.

"Kali ini kita bawa abang ke IJN, tapi kita mungkin akan keluar dengan tubuh abang yang sudah tidak bernafas!" Itulah kata-kata mak pada abah sebelum bertolak ke IJN. Mak mahu abah bersedia dan redha jika apa-apa berlaku. Sampai di IJN, abang terus ditempatkan di wad khas untuk pesakit kritikal.

5 April 2011- Mak telefon sekolah asrama Kakak sulung di Seremban. Mak minta pelepasan daripada cikgu untuk benarkan Kakak pulang.

"Adik tenat. Saya mahu kakak-kakaknya berada di sampingnya pada saat terakhir!" Mak pinta pada cikgu dan Kakak diizinkan pulang. Kemudian, Dr. Adura, doktor yang sinonim merawat abang juga datang melawat. Ketika itu mak ceritakan yang mak terkilan sangat tidak dapat tunaikan permintaan Abang yang mahukan kek berbentuk lori sampah.

7 April 2011- Pagi ini Dr. Adura datang melawat Abang lagi. Kemudian Dr. Adura beritahu ada surprise untuk Abang tengah hari ini. Rupa-rupanya, tengah hari itu tetamu yang juga rakan-rakan alam maya Dr. Adura datang membawa kek lori sampah yang Abang mahukan sebelum ini. Ada dua kek mereka bawa. Mak tak sangka, Dr Adura rajin menulis mengenai kisah abang didalam blognya dan ramai yang menawarkan diri untuk menyediakan kek yang abang pinta. Para tetamu bersama jururawat dan doktor menyanyikan lagu selamat ulang tahun untuk Abang. Tetapi abang kurang ceria, wajah Abang tampak letih dan nafas abang turun naik.

8 April 2011- Tengah hari ini, masih ada lagi tetamu datang membawa kek berbentuk lori warna pink untuk abang. Tetapi abang sangat lemah. Abang sekadar terbaring merenung kek itu. Malam itu, semasa jururawat mengambil tekanan darah Abang, bacaanya meningkat naik. Tetapi hati mak dapat merasakan yang Abang sekadar mahu meredakan keresahan hati mak. Malam itu, hanya mak berdua dengan Abang berada di dalam bilik. Mak pandang sayu wajah abang yang semakin lesu dan pucat. Mak duduk di sebelah Abang, mak peluk dan usap rambut Abang. Mak menangis teresak-esak bagai anak kecil.

Dalam tangis itu, mak katakan pada Abang, "Mak tahu Abang nak senangkan hati mak. Abang tak perlu buat macam tu. Mak tahu Abang nak pergi. Jangan tahan-tahan Abang. Pergilah menghadap Ilahi. Mak sudah sedia. Mak redha segalanya. Mak puas dapat sempurnakan apa sahaja hajat yang Abang pinta. Mak juga bangga kerana Allah hadirkan Abang dalam hidup mak walaupun seketika."

Abang hanya diam, memandang mak dengan pandangan lesu. Dan ketika itu mak menangis sepuas-puasnya. Mak juga berjanji bahwa mak tidak akan menangis lagi selepas itu! Ya, mak tidak akan menangis lagi biarpun abang sudah tiada lagi di dunia.

9 April 2011- Pagi itu mak pesan pada abah agar bawa semua anak-anak datang ke hospital. Masa Abang dah dekat sangat. Mak lihat Abang sudah kritikal. Wajah Abang sudah tampak biru, lebam! Dada Abang berombak, tercungap-cungap menarik nafas.

Abang sudah tidak mahu makan dan minum lagi sejak malam tadi. Pukul 8.00 pagi, abah dan kakak-kakak sampai. Mak suruh Kak Long bacakan Yaasin di sebelah Abang. Mak suruh abah baca juga, tapi bacaan abah tersekat-sekat kerana cuba menahan tangisnya.

Pukul 3.00 petang, Abang semakin lesu. Lantas mak ajak Abang keluar berjalan-jalan.

"Abang, abang nak tengok matahari tak? Jom kita turun kantin minum sambil tengok matahari!"

Abang hanya mengangguk lemah. Mak dukung Abang dan kita satu keluarga turun ke kantin. Abang mahu minum air coklat. Tapi Abang hanya minum seteguk. Kemudian, Abang lentukkan kepala pada bahu mak.

"Abang, tu tengok kat luar tu? nampak tak sinar matahari tu? Cantikkan?" Mak tunjuk pada abang sinar matahari yang kelihatan di celah-celah rintik hujan yang turun waktu itu. Abang angkat kepala melihat ke arah matahari itu. kemudian, abang menguap.

"Abang ngantuk!" Itu kata Abang dan kemudian abang terlentuk semula pada bahu mak. Tiba-tiba jantung mak berdegup kencang. "Bang, jom naik. Abang nak 'tidur'! Mak terus ajak abah dan kakak-kakak naik semula ke wad walaupun mereka belum sempat jamah makanan di atas meja.

Sampai sahaja di wad, mak terus baringkan Abang di atas katil.

Dan Abang terus merintih dalam nada yang lemah, "Makkk..sakit perut..!" 

Suara Abang amat perlahan dan amat sayu bunyinya. Lantas mak letak tapak tangan mak atas dahi Abang.

"Abang, hari ini, waktu ini, mak redhakan Abang pergi. Mak halalkan segala makan minum Abang. Mak halalkan air susu mak untuk Abang. Pergilah Abang. Mak izinkan Abang pergi!" Mak ucapkan kata-kata itu sambil merenung jauh ke dalam mata Abang yang semakin kuyu. Saat Abang sedang nazak itu, mak panggil kakak-kakak agar mengucup Abang selagi Abang masih bernafas. Mereka kucup pipi Abang bertalu-talu dan mula meraung dan menangis.

"Kakak! kalau kamu semua nak menangis, keluar dari bilik ini. Mak tak mahu Abang dengar kamu menangis! Jangan seksa Abang dengan tangisan kamu semua!" Mak marah mereka. Mak tidak mahu Abang lihat kami menangisi pemergian Abang. Mak tahu, Abang akan jadi lebih sedih dan berat hati untuk pergi bila melihat kami menangis di saat akhir sakaratulmaut menjemput Abang. Mak tidak mahu tambahkan lagi kesedihan Abang untuk meninggalkan kami. Abah pula hanya berdiri di penjuru bilik, meraup wajah menahan suara tangisannya. Jururawat yang ada dalam bilik juga menangis, mak suruh jururawat keluar dan tutup tirai bilik itu. Mak tak mahu orang luar lihat. Mak tak mahu ada orang menangis di saat Abang akan pergi. Setitis dua mengalir juga air mata mak. Tapi mak masih mampu tersenyum.

"Pergilah Abang. Mak izinkan. Mak izinkan.. pergilah.."

Dan perlahan-lahan mata abang yang layu tertutup rapat, genggaman tangan Abang pada jari mak semakin lemah dan akhirnya terlepas...

Pukul 3.50 petang, akhirnya Abang meninggalkan dunia fana ini. Innalillahiwainnailahirajiun.

Mak kucup dahi Abang. Mak bisikkan di telinga Abang, "Tenanglah Abang di sana . Suatu hari nanti, mak juga pasti akan turuti jejak Abang. Abang... tunggu mak di sana ya! Di syurga!"

Abang, sekarang mak sudah dapat jawapanya. Mengapa mak tidak menangis? Pertama, Abang telah di takdirkan menjadi ahli syurga yang akan membantu mak di sana nanti. Kedua, apa saja keinginan Abang semasa hayat abang telah mak tunaikan. Tiada lagi rasa terkilan di hati mak. Ketiga, segala hutang sebagai seorang ibu telah mak langsaikan semasa hayat Abang. Mak telah sunatkan dan buat akikah untuk Abang. Keempat, mak telah menjalankan tanggungjawab sepenuhnya, sentiasa berada di sisi Abang dan menggembirakan Abang setiap saat dan waktu. Kelima, mak rasa istimewa dipilih Allah untuk mendapat anak seperti Abang. Mak jadi 'kaya' dengan kehadiran Abang. Kaya kesabaran, kaya tawadhuk, kaya keredhaan , kaya keimanan, kaya kawan, kaya ilmu, dan kaya pengetahuan. Mak telah beri segalan-galanya melebihi seratus peratus untuk Abang. Mak telah beri yang terbaik dan mak telah berusaha hingga ke garisan penamat. Sebab itu mak tidak perlu menangis lagi.

Abang.. biarpun kini hidup mak dan abah terasa sunyi dan kosong tanpa Abang tapi... mak akan sentiasa tersenyum mengenangkan saat-saat terindah kehadiran Abang dalam hidup kami biarpun cuma sebentar. Abang dalam kisah ini adalah adik Iqbal Fahreen Hamdan, anak bongsu daripada lima beradik. Abang masuk hospital seawal usia dua minggu akibat menghidapi lima jenis kompilasi jantung termasuklah kekurangan injap, jantung berlubang dan saluran sempit. Abang telah menjalani pelbagai siri pembedahan seawal usia dua bulan dan ada antara pembedahannya yang gagal, malah abang pernah disahkan 'mati' apabila jantungnya berhenti berdenyut. Walaupun pada awalnya doktor mengjangkakan hayat abang tidak lama selepas lahir ke dunia, namun ternyata anak kecil ini mampu bertahan sehingga usia empat tahun untuk meninggalkan kenangan terindah dalam hidup Jamilah (ibu) dan Hamdan (bapa).

Tuesday, 27 September 2011

AYAH...

ayah..
aku teringat kasihmu terhadapku,
tiada yang setanding kasihmu,
disaat aku jatuh,
ayah membantu untukku bangkit semula,
ayah memelukku erat,
menunjukkan kasih nya yang tidak terhingga,
disaat aku kesedihan,
ayah menjadi penawar duka,
memujukku dengan manja dan membuatkan aku tertawa
tapi sayang..
aku hanya menikmati kasihmu selama 11 tahun empat bulan
apakan daya,
tuhan lebih menyayangi mu,
aku reda ya Allah
aku reda.

ayah..
aku rindu saat bersamamu,
ku ingin membalas setiap pelukan kasihmu,
aku rindu bergelak ketawa dengan mu,
kini kau tiada untuk memberikan kata-kata semangat untukku,
dugaan-dugaan yang hadir ku tempuh sendirian,
tiada lagi kedengaran tawamu yang membuat aku gembira..
ya Allah..
hati ini terlalu rindu akan insan bernama ayah,
tiada apa yang dapat menghilangkan kerinduan ini,
hanya doa yang mampu kukirim untukmu ayah,
sebagai tanda mengingatimu dan tanda kasih ku terhadapmu
semoga dengan doa yang dikirimkan,
Allah menempatkan ayah ditempat insan-insan yang mulia
amin..

Al-Fatihah

nukilan khas buat arwah ayahanda tercinta

Sunday, 25 September 2011

Hadiah Untukmu Kelak

assalamualaikum para sahabat sekalian..apa khabar??
moga-moga berada dalam keadaan yang sihat..Amin..

entry saya kali ini berkisarkan tentang usaha dan kejayaan yang ingin dikecapi..
rakan-rakan yang dikasihi..sudah pasti setiap insan mahukan kejayaan..
tetapi adakah kita berusaha untuk mencapainya?.
tepuk dada dan tanyalah akal fikiran yang bijak..

saya sendiri turut mahukan kejayaan di dunia dan di akhirat..
kejayaan itu kelak sudah pasti untuk membuat ibu bapa saya gembira..
saya perlu sentiasa mendoakan ketenangan bapa yang telah pergi dan ibu saya yang masih hidup,
mendapatkan keputusan yang cemerlang dalam SPM,
sambung belajar hingga ke puncak menara gading,
kemudian diikuti dengan kerjaya yang baik dan mampu menjaga ibu saya
hingga nyawa saya atau ibu diambil kelak..insyaAllah
ya..itu sahaja balasan yang mampu saya berikan pada mereka..
bagi membalas jasa dan kasih sayang mereka yang tidak ternilai kepada saya..
bukan mudah untuk menjaga dan mendidik anak-anak..
terlalu banyak jasa dan pengorbanan yang dilakukan mereka..
jadi..untuk berjaya dan membuat mereka gembira kelak..
saya akan berusaha sehabis baik..
hanya kejayaan yang saya mampu hadiahkan untuk mereka..
sahabat sekalian..
doakan saya berjaya didunia dan diakhirat agar dapat ku hadiahkan kejayaan itu kepada ibubapaku..

al-fatihah untuk bapa tercinta..
Adzmi Sehat
terlalu rindu akan kasih sayang seorang ayah..
hanya Allah yang tahu rindu ini
takkan pernah kulupakan wajahmu ayah..

Thursday, 22 September 2011

BIOLOGY

hey hey hey!!!..assalamualaikum wbt sahabat-sahabat yang dikasihi
ahhaaa terima kasih sebab masih sudi membaca entry saya walaupun tersangatlah bosan
kan kan kannnn????
huhuhu maaf ye..saya ni bukan power sangat nak bina ayat canggih-canggih..hehehe
maklum la..kurang pengalaman dalam blogging ni
eeh jom la..saya ada benda nak cerita sikit ni
kalau tak mulakan sekarang nanti makin banyak pulak yang saya mengarut..hehehe

haa ok ok ok...macam ni
pagi tadi sekolah macam biasa..tapi kami pelajar 5SC ada bengkel jam 2.30..
nak tau bengkel apa??..em bengkel subjek biology la..

petang tadi kami bersedia awal dari biasa..terlebih bersemangat agaknya..hehehe
tapi bile masuk penceramah jemputan..semua anggap dia garang termasuklah aku..
tapi sangkaan aku dan kawan-kawan jauh terpesong
dia relax dan seorang guru yang bagus..
dia banyak bagi kami tips untuk menjawab soalan dan meminta kami fokus pada beberapa topik penting..
contoh nya menstrual cycle..
apa yang best, dia bagi kami tips untuk tackle markah dengan jawapan yang tak dijangka(sangat mudah)
memang saya sendiri agak terkejut bila dengar jawapan-jawapan yang diberikan..
memang tips yang sangat membantu calon yang bakal menduduki SPM tak lama lagi..

apa-apa pun thanks sangat-sangat kepada guru-guru dan panitia sains tulen kerana berusaha membantu kami mendapatkan markah yang lebih baik..
insyaallah kami akan cuba yang terbaik untuk mendapatkan markah yang cemerlang..

hmmm rasenya itu sahaja yang ingin saya coretkan buat masa ini..
jumpa lagi dalam entri seterusnya...ASSALAMUALAIKUM...:)

Tuesday, 20 September 2011

Perjumpaan lagi??

hrmmm dah lama tak update blog ni
kalau lah blog ni rumah, mesti penuh dengan habuk dan sawang
mau tak nya..busy je sentiasa..
schedule memang power punya..
7-2.40 sekolah, 3.30-5.30 klas, 8-10 klas lagi
agak kurang mase nak belek blog ni sekarang..huhuhu
ok lah tak nak buang masa lagi
perjumpaan apa lagi ni ema???
haa esok ada perjumpaan pengawas sekolah
pukul 3.30 sampai (ntah la..xpasti smpai pkul brape..hehe)
tapi aku dah pun pencen..hehehe
walaupun dah pencen, cikgu-cikgu tetap nak aku and pengawas-pengawas tingkatan 5 datang
katanya sebagai penghargaan..huhuhu
terharu nya..sob3..
thanks cikgu sebab menghargai kami walaupun kami dah serah jawatan
so esok ada sesi ucapan dari senior-senior(kitorang)
bersiap sedia lah untuk ditegur oleh kami..
bukan saje-saje dengki ni..
ni pasal kes perhimpunan pagi tadi la ni..haihhh..
tak pelah..tunggu jelah ceramah dari senior esok

to member-member bloger: have a nice day ya!
assalamualaikum :)



Sunday, 21 August 2011

SELAMAT HARI RAYA

Assalamualaikum..da sekian lama dah tak update blog ni
maklumlah..SPM candidate la kata kan..
busynya tak tau lah nak cakap
lagi-lagi sekarang ni tengah trial SPM kan..
tapi nasib baik lah trial ni cuma sampai sebelum raya je untuk students sains tulen
tenang lah sikit raya kali ni..huhuhu
tapi masih tak boleh nak enjoy sangat..
sebab SPM sebenar sedang menunggu..

apa-apa pon saya ingin mengucapkan:
SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI
MAAF ZAHIR BATIN 
&
BAGI YANG PULANG KE KAMPUNG KETIKA AIDILFITRI
BERHATI-HATILAH KETIKA MEMANDU
PASTIKAN KESELAMATAN ANDA DIUTAMAKAN
SAYANGI DIRI & KELUARGA ANDA


Friday, 29 July 2011

Hati Yang Mati

Jika seseorang melihat orang yang susah
Mungkin sakit atau miskin dan papa
Hati tidak tersentuh, jiwa tidak simpati
Menunjukkan jiwa orang itu telah buta



Kalau melihat orang yang mendapat bala
Jiwa orang itu tidak derita
Melihat biasa sahaja
Tidak terasa apa-apa pada jiwa
Menunjukkan peri kemanusiaannya sudah punah



Sekiranya melihat gunung, laut, pemandangan yang indah
Hanya terpesona dengan pandangan itu sahaja
Tidak terasa kehebatan dan kebesaran Allah
Menunjukkan jiwa orang itu telah mati



Orang yang hatinya buta atau mati
Kemanusiaannya sudah punah
Ditunjuk ajar dia marah, diingatkan dia sakit hati
Kalau dia ada kuasa, dia akan bertindak ganas


adakah anda seperti golongan diatas??..
moga2 tidak..minta dijauhkan dari sikap sebegitu..amin

assalamualaikum..jumpa lagi:)

Sunday, 24 July 2011

SPM candidate

uhuksss..taon ni akan menghadapi peperiksaan besar..
Sijil Pelajaran Malaysia
haa kan besar 2..hehehehe
takda la..gurau je..
exam yang penting bangat nih..
tapi agak keletihan la..sebab setiap hari ada kelas tambahan..
tak kenal masa daa..mane tak nya..
balik sekolah pukul 2.40p.m..lepas tu kelas tambahan pulak pukul 3.15 @ 3.30
sampai la pkul 5.30..balik tu rehat2 kejap then pukul 8 pergi sekolah balik..



balik pukul 10 pulak kene terus buat homework lagi..memang kadang2 2 dah give up nak buat sebab letih sgt..
 sooooo tiredd..tapi nak wat camane kan..dah name nye SPM candidate


tapi utuk berjaya kite kene bersusah dulu kan..so aku tak kesah sangat laa..
apa yang aku tau aku nak pegang segulung ijazah satu hari nanti untuk mak ayah aku..
insyaAllah

doakan aku berjaya untuk semua cabaran yang akan aku hadapi nanti ye..:)
thats all for now..assalamualaikum..thanks 4 reading..

my dream DSLR camera..huhu

oh my dslr camera..come 2 mama..huhu
memang teringin nak camera dslr ni dari dulu lagi..
tapi entah bile nak dapat agak nye
ada sape2 yang bermurah hati nak bagi this type punye camera??..hehehehe

canon 1000d DSLR camera


huhuhu..saya sudah giler mahu dapatkan ini camera..waaaa
bile mahu dapat ni..:(

Friday, 22 July 2011

Ingat Aku Takut??

assalamualaikum..haa nak cerita pasal apa yang jadi kat diri aku kali ni..
aku ni P.K.Pengawas kat sekolah..
ada lah satu hari ni aku pergi kat barisan tempat pelajar lalu untuk masuk ke kelas..
(aku selalu nye duduk kat belakang astaka untuk mngendalikan perhimpunan)
lepas tu aku mintak pengawas2 jalan kan tanggungjawab untuk memeriksa pakaian students
cek punye cek..punye la ramai yang kene tahan..
haa yang jadi hal nye ni kan..ada la budak dari kelas 5MPV 2 die memang anti la dengan aku..
hari tu pulak aku tahan die sebab pakai stokin pendek..
mule2 die buat tak tau je..aku pon tarik la lengan baju die..
nak tau ape jadi??..hahahaha
die tengking aku mase tu..aku pon ape lagi..tengking la die balik..ekekeke
aku cume jalankan tanggungjawab aku sebagai pengawas..
so kau ingat aku takut la kau tengking aku??..hahahaha
memang silap la kan..
ape2 pon aku tak kesah ape diorang nak cakap sebab ape yang aku tau tanggungjawab adalah yang paling utama..
:)

so tu je la cerite aku hari ni..
assalamualaikum

TAHUKAHH???

Telefon Bimbit 'Merosakkan Sel-sel Darah'!!
Sinaran telefon bimbit boleh merosakkan sel-sel darah dengan meningkatkan tekanan sesama mereka, kata para saintis.
Telefon Bimbit 'Mengubah DNA Manusia'!!
Kajian makmal menunjukkan bahawa gelombang radio daripada telefon bimbit boleh mengancam sel-sel badan dan merosakkan DNA.
(Sumber dari BBC News)

 Radiasi dari Telefon Bimbit Merosakkan Daya Ingatan
Pendedahan terhadap sinaran telefon bimbit memburukkan daya ingatan jangka pendek tikus, menurut kajian baru di Sweden.
(Sumber dari 'The Total Sweden News in English')


telefon bimbit digunakan (yang menghendaki pengguna meletakkannya rapat ke telinga) mendedahkan otak seorang itu kepada radiasi gelombang mikro yang boleh merosakkan DNA, menjejaskan fungsi sel dan aktiviti asas otak.

haa ape reaksi korang lepas bace ni??..so fikir2 kan lah ye.. :)
assalamualaikum

Wednesday, 20 July 2011

biodata IBLIS

Nama :
IBLIS LAKNATULLAH

T.Kelahiran :
Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s

Status diri :
Fasik kelas pertama

Agama :
Kufur

Tempat Tinggal :
Hati-hati mereka yang lalai

Alamat Tetap :
Neraka jahanam

Kawasan :
Setiap tempat yang di dalamnya tiada usaha untuk mengingati Allah

Arah perjalanan :
Tiada haluan dan bengkang bengkok

Isteri :
Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya

Suami :
Sama seperti sifat yang dilakukan oleh isteri…

Kaum kerabat :
Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah

Modal pusingan :
Angan angan kosong

Tempat pertemuan :
Pasar pasar

Musuh ketat :
Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa

Motto kerja :
'Hipokrasi asas akhlak'

Hobi :
Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda dan menyesatkannya

Cita cita :
Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir

Kelemahannya :
Bila orang membaca istighfar

Logo :
Sebarang tatu

Pejabat operasi :
Tandas.bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat tempat maksiat

Rakan kongsi :
Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia

Sumber pendapatan :
Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba

Jenis perkhidmatan :
Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah

Tempoh perkhidmatan :
Sehingga hari khiamat

matlamat:
Membawa setiap makhluk ke neraka jahanam

Teman sejawat :
Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran

Ganjaran :
Dosa dan kemurkaan Allah

Pembantu setia :
Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam

Makanan kegemaran :
Daging orang mati dan segala najis dan kotoran

Yang ditakuti :
Orang mukmin yang bertakwa

Yang dibenci :
Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah

Alat perangkap :
Wanita cantik,model,pelacur.pragawati,dan sebagainya

saat ajal:
Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak

Tugas yang paling disukai :
Homoseks dan lesbian

Janji janji :
Janji kosong,angan angan dan tipu daya

Yang membuatnya menangis :
Bila orang sujud kepada Allah

renung2 kan!!!!!

Sunday, 17 July 2011

thanks friend :)

assalamualaikum..
untuk post kali ni aku nak cite pasal sorang kawan aku ni
die duduk sebelah aku dalam kelas..name die Nurhanim Md Zin..
tapi kitorang panggil die nemo sebab die cute..macam ikan nemo..hehehe
(gurau je nemo..jangan marah ye..)
nak jadikan cerita die ni antara orang yang aku rapat jugak la..
die baik sangat..
mase aku exam mid year..result aku teruk..
die la yang banyak bagi semangat kat aku..die yang pujuk aku mase aku nangis..
thanks nemo..

lepas tu 2-3minggu ni pinggang aku makin sakit..dulu senang je nak angkat barang2 berat..
tapi sekarang susah sangat..macam nak patah rasenye pinggang ni..
nemo tau aku sakit pinggang..
sejak 2 die banyak kali tanye aku..
"emm ema ok ke tak??" 
aku cakap ok je walaupun sebenarnye memang tak ok..
aku cume tak nak die risau je..
satu ari tu mase kelas tambahan die nampak aku tengah tahan sakit..
terus die tanye aku ok ke tak..aku jawab ok..
lepas tu die tanye aku dag pegi check kat klinik ke belum..
aku jawabla aku tak pegi check sebab memang aku tak pegi check..huhuuhu
sebenarnye die da banyak kali cakap dengan aku suruh pegi check..
tapi aku tak pegi check pon..
emm die carring sangat dengan aku..ermm terharu aku..
thanks nemo sebab ambik berat pasal aku..
 sayang nemo..:))

ni la nemo yang aku cerite..sweet kan die..thanks nemo sebab ambil berat pasal aku ..:))

Monday, 4 July 2011

pesanan buat wanita

Tidakkah engkau terfikir?
Dunia ini menuju kehancuran yang nyata…
Jangan terlalu taksub dengan cinta palsu dia?
Mengapa engkau sanggup korbankan masa dan tenaga mu
Hanya kerana mendengar berita remeh?
Cinta dia hanya ungkapan kata-kata yang penuh penipuan
Selagi ia tak dibuktikan dengan janji ikatan perkahwinan
Jangan kau terlalu menyayangi dia 
Mustahil dia benar mencintaimu 
Tika dia mengajakmu untuk berpegang tangan
Mustahil dia benar menyayangimu 
Dikala dia mengajak mu keluar berjumpa dengan rasa berahi 
Mengapa kau mengabaikan kata2 sahabat?
Kata-kata nasihat dan peringatan
Kau sanggup melukakan hati seorang sahabat 
Demi menjaga hati si dia 
Aku tak mahu engkau terus hanyut dengan cinta manusia 
Cinta palsu yang padanya hanya maksiat
Jika benar dia mencintaimu kerana Rabb
Pasti dia tidak akan mengajak mu berdating
Apatah lagi berduaan berpegang tangan
Sedarlah sahabatku..
Kejarlah redha ALLAH sebelum engkau terlambat menggapainya
Carilah cinta-NYA yang tidak pernah mengecewakan
Semoga syurga milikmu
Dan kebahagiaan dunia engkau kecapi...