Tuesday 28 June 2011

Adat Perpatih 1

haa post kali ni aku tak merepek..tapi ni fakta..huhu
disebabkan aku berketurunan Minang yang mengamalkan sistem adat perpatih..
so aku nak cerite pasal suku aku..iaitu suku biduanda..
untuk info sahaja..kalo nak cerite sume nye memang tak larat..
so aku akan post lagi pada hari2 lain apa yang aku rase boleh di share..hehehe
k!..this is suku Biduanda in Adat Perpatih at N.9, Malaysia


BIDUANDA: Nama salah satu suku. Dipercayai suku asal yang ahlinya berketurunan Orang Asli tempatan. Hanya ahli suku ini sahaja yang boleh menyandang pusaka Undang atau Penghulu di semua luak Adat Perpatih melainkan luak Gunung Pasir dan luak Terachi.

>BIDUANDA LUAK JEMPOL
Di luak ini ada tiga suku Biduanda. Suku-suku trsbut ialah Biduanda yang mmberikan penghulu luak, Biduanda Mendatang dan Biduanda Waris.

Biduanda Mendatang
Suku ini wujud dalam luak Jempol dan bernaung di bawah suku Biduanda Waris. Anggota suku ini ialah pendatang dari Johol, Pahang , Pulau Pinang dan Muar,Johor. Suku ini tidak berlembaga. Buapak dlm suku ialah Tuk Kaya Menteri sebagai ketua dan setiap kumpulan pendatang mempunyai buapak sendiri iaitu Tuk Jegarang (pendatang dari Johol), Tuk Gompo (pendatang dari Pahang), Tuk Duka Menteri (pendatang dari Pulau Pinang) dan Tuk Gompo Muda (pendatang dari Muar/Johor).

Biduanda Waris
Suku ini menggabungkan tiga suku iaitu suku Biduanda Jawa, suku Biduanda Paduka Tuan, suku Biduanda Chinchang n suku Biduanda Sialang Putih.


*suku-suku diatas mempunyai maksud2 tertentu dan kturunan masing-masing
terlalu banyak untuk dijelaskan satu persatu..

so itulah keturunan aku..keturunan Biduanda di Rembau



Negeri Sembilan, negeri beradat
Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah, Negeri Sembilan
adatnye masih kekal hingga kehari ini..
(xusang dek hujan, xlekang dek panas)
semoga adat dan budaya negeri ini terus terpelihara dari zaman ke zaman..
(biar mati anak, jangan mati adat)


No comments:

Post a Comment