Thursday 30 June 2011

hari terakhir ku bersamamu

malam itu ayah memanggil aku kedalam bilik.."untuk ape?", aku bermonolog..tanpa berlengah aku menurut katanya..
malam itu ayah memelukku begitu erat...
aku tahu ayahku ingin berkata sesuatu kepadaku..aq hanya menadah telinga untuk mendengar..
aku merasakan bahawa malam itu tidak seperti malam-malam biasa..
ayahku berkelakuan pelik..
semua adik beradik yang ada dirumahku  pada hari itu pasti akan ayah peluk..
ayah memeluk kami dengan erat seakan-akan kami tidak akan berjumpa lagi..
ya!..memang tepat tekaan ku..ayahku telah pergi untuk selama-lamanya..
pada jam 2pagi..ku dengar suara akak aku mengejutkan aku..
rupa-rupanye ayah aku sakit..
pada hari itu aku tidak kesekolah..
aku hanya menunggu berita dari ibuku yang berada dihospital menuggu ayahku..
ayahku dihantar ke hospital bandar baru kemudian ke hospital pilah dan ke hospital seremban  tetapi dihantar semula ke hospital pilah..
esoknya aku pergi kehospital untuk melihat ayah..
ayah tidak sedar kan diri..ayah dalam keadaan koma..
saudara mara dan jiran tetangga sangat ramai pada masa itu..
air mataku mengalir perlahan-lahan..
setiap waktu lawatan, aku bersama keluarga pergi ke hospital untuk melihat keadaan ayah..
doktor pakar berjumpa dengan ibu dan akak aku untuk berbincang tentang keadaan ayah..
pada malam ketiga ayah sakit, jiran-jiran membuat bacaan yasin dirumah..
ibu ku menelefon dari hospital meminta aku dan adik beradikku datang ke hospital..setelah sampai, 
kami memeluk ayah..aku tidak sangka selepas sahaja kami semua mmeluk ayah..
ayah pergi..ibu dan akakku yang mahu mengambil wuduk ketika itu terkejut..
monitor sudah tidak menunjukkan sebarang bacaan nadi lagi..
ayah sudah pergi meninggalkan kami..
ayah pergi jam 12.05pagi..
air mata aku tidak dapat lagi ku tahan..empangan airmataku pecah..
setelah memeluk ayah ibu menyuruh kami pulang..
aku terasa seperti hilang arah..fikiran aku hanya pada kenangan ketika aku bersama ayah..
ayahku dikebumikan pagi jumaat..
sebelum ayah dikafan kan..itulah kali terakhir aku dapat melihat dan mencium dahi ayah..
aku tidak dapat tidur beberapa malam kerana terkenang kan ayah..
selepas ibu memujukku baru lah aku dapat tidur..
hingga ke hari ini, aku masih terbayang setiap kata-kata yang ayah ucapkan pada malam terakhir sebelum ayah koma..
ayah, adik tidak pernah lupa akan pesanan ayah..
insyaallah apa yang ayah nak akan adik tunaikan..
adik sayang ayah..
walaupun ayah sudah tiada dalam dunia ini..tapi ayah akan tetap dihati adik..
adik tidak akan pernah lupakan ayah..

:'(

No comments:

Post a Comment